Tuesday, 8 August 2017




PENGENALAN BLOG

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Nama saya Nurfarisha Farah Heeza Binti Razaineh. Umur Saya 18 Tahun. Saya dari Kolej Vokasional Beaufort. Saya mengambil kursus pelancongan dalam Diploma. Saya akan memberitahukan tentang Kraftangan di Malaysia.Saya berharap agar maklumat ini dapat memberi manfaat kepada semua orang. Sekian dan Terima Kasih.



PENGENALAN KRAFTANGAN



Kraftangan adalah sesuatu peralatan yang dihasilkan hanya menggunakan tangan sepenuhnya atau perkakas ringan sahaja. Dalam membuat kraftangan ini boleh dibuat secara seorang diri ataupun secara berkecil-kecilan. Hasil bagi kraftangan selalunya membawa kepada kepentingan dalam kebudayaan atau dalam keagamaan. Kraftangan ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan boleh membuat para pelancong berminat akan kraftangan ini. Kraftangan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung kepada kemahiran seseorang yang minat akan membuat kraf tersebut. Antara kraftangan yang ada adalah anyaman,Tembikar, Batik dan juga Keychain.




PENGENALAN  ANYAMAN


Anyaman adalah milik masyarakat Melayu. Anyaman ini masih dikagumi serta digemari sehinggalah pada saat ini.Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Kraftangan anyaman ini boleh dilihat di rumah-rumah masyarakat zaman dahulu, di mana dinding  mereka dianyam dengan buluh kehalusan seni anyaman ini masih bertahan sehingga ke hari ini.







SEJARAH ANYAMAN

Seni anyaman sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional masyarakat di nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding di tempat kediaman, hasil kerja anyaman ini membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana destinasi yang dituju. Anyaman ini tidak asing lagi kerana tumbuh-tumbuhan tropika banyak yang sesuai untuk dijadikan bahan anyaman. Keseluruhannya, kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak berbeza, cuma bergantung kepada jenis tumbuhan yang dijadikan bahan anyaman. 

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. 


JENIS-JENIS ANYAMAN


Antara tumbuh-tumbuhan yang paling banyak digunakan dalam seni anyaman adalah buluh, mengkuang, rotan, dan lidi. Perbezaan ciri tumbuh-tumbuhan ini menghasilkan pelbagai bentuk dan barangan seni anyaman.








Jenis Anyaman

Bahan

Hasil anyaman

Anyaman Mengkuang


Daun mengkuang


Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain


Anyaman pandan


Daun pandan duri


Tikar sembahyang, hiasan dinding,


Anyaman Buluh


Jenis-jenis buluh yang sesuai


Bakul, bekas pakaian,, beg dan lain-lain


Anyaman Rotan


Rotan yang telah diproses


Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain


Anyaman Lidi


Lidi kelapa
 bekas buah, bekas telur.


PENGENALAN TEMBIKAR


Tembikar ialah barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat .Ia juga dikeringkan dengan cara mendedahkannya di bawah pancaran matahari, dan dibakar .Seni tembikar wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulunya lagi Bukti penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha di Kelantan, Bukit Tengku Lembu di Perlis, Ulu Tembeling di Pahang,Bukit Tambun di Perak dan Gua Niah di Sarawak .Tembikar digunakan dalam upacara perubatan atau upacara pertabalan Sultan, alat pengebumian di Sarawak dan Sabah selain daripada kegunaan harian ,Tembikar Sayong, Tembikar Mambong dan tembikar Sarawak merupakan tembikar tradisional yang paling terkenal








PROSES PENYEDIAAN TANAH LIAT


1. Tanah liat dijemur untuk dikeringkan. Asingkan tanah liat dengan bahan-bahan asing seperti sampah, batu , serpihan akar kayu supaya tembikar tidak pecah apabila dibakar 


2 .Kemudian ditumbuk menjadi tepung dengan menggunakan lesung kaki lalu diayak 


3 .Tepung tanah liat itu diperam dalam pasu berair selama 3 hari sehingga tanah mendap ke dasar pasu 


4. Air dibuang dan mendapan tanah liat yang liut dan lembut dibiarkan pada permukaan keping plaster paris selama beberapa hari 


5. Tanah liat diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan liat


 6. Tanah liat yang telah diproses disimpan dalam tempayan bertutup atau beg plastik untuk kegunaan kelak 


7. Sebelum membentuk tembikar, tanah liat hendaklah diuli beberapa kali supaya tiada gelembung udara dan batu kecil yang akan meretakkan tembikat ketika dibakar / pecah



TEKNIK MEMBENTUK TEMBIKAR


 1.Teknik picit

  • dengan cara menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah
  • Teknik ini merupakan teknik yang paling mudah 
2.Teknik lingkaran 
  • bahagian tapak disediakan terlebih dahulu 
  • kemudian tanah liat digelek dengan tangan sehingga menjadi lingkaran panjang seperti silinder dan dilingkar membentuk sebuah tembikar       
3.Teknik kepingan 
  • dihasilkan dengan cara mencantumkan kepingan tanah liat yang dipotong mengikut saiz tertentu bahagian tepi hujung kepingan tanah liat dipotong secara menyerong 45 darjah bagi tujuan penyambungan 
  • bahagian hujung kepingan disapu atau dicelup dengan slip(Lumpur tanah liat yang berfungsi sebagai pelekat / gam ) 

4.Teknik lempar alin/ putaran

  • menggunakan mesin pemutar / roda pemutar 
  • Tembikar dibentuk semasa melakukan putaran 
  • Bentuk tembikar terhad kepada bentuk bulat dan selinder sahaja 
5.Teknik acuan
  • dilakukan dengan menekan ke dalam acuan kayu atau logam 
  • bagi acuan plaster paris, slip ( tanah liat cair) dituang ke dalam acuan 
  • digunakan untuk perusahaan komersial



PENGENALAN BATIK


Batik adalah satu cabang dalam kraftangan yang unggul di Malaysia dan telah dilakukan sejak abad ke 15 Masihi lagi. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu telah menggunakan ubi kentang sebagai medium untuk mengecap batik. Tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan penggunaan alatan moden. Batik telah mula diperkenalkan di Negara kita sejak tahun 1910 lagi. Batik sebenarnya berasal dari Indonesia dan perkataan ‘batik’ itu sendiri adalah terbitan dari perkataan Jawa iaitu ‘tik’ yang membawa maksud menitik atau menulis titik-titik. ‘Ambatik’ pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik dalam bahasa Jawa.








MOTIF BATIK

  1. Motif flora – bunga kenangan , cempaka, Daun Siti Fatimah , daun keladi dan lain- lain yang biasanya dijadikan motif pada badan kain. Manakala motif pucuk rebung biasanya dijadikan motif pada kepala kain batik sarong
  2. Motif fauna – burung,ayam, siput, kupu-kupu
  3. .Motif geometri – banji, ceplok, parang rusak, kawung , swastika, dan lain-lain
  4. .Motif benda – wau, wayang kulit dll
  5. Motif abstrak


JENIS-JENIS KAIN
  • Cotton
  • Sutera
  • Lawn
  • Crepe satin
  • Jacquard/fuji

JENIS-JENIS BATIK

1. Batik tulis / lukis/ conteng/ canting
2. Batik terap / blok /cap
3. Batik skrin
4. Batik pelangi ( tanpa penggunaan lilin)




PERBEZAAN ANTARA BATIK TULEN DAN BATIK TIRUAN




TULEN
TIRUAN
  • Dihasilkan dengan tangan.contohnya batik lukis dan batik blok

  • Dihasilkan dengan menggunakan mesin atau skrin contohnya batik skrin

  • Coraknya mempunyai ciri-ciri batik asli kerana mempunyai kesan lilin

  • Corak kurang hidup kerana tidak mempunyai kesan lilin

  • Tidak kecut kerana telah direbus beberapa kali sewaktu proses pembuatannya

  • Pewarna jenis pigmen yang digunakan tidak begitu lut sinar dan berseri sebagaimana bahan pewarna yang digunakan untuk batik tulen

  • Tidak kecut kerana telah direbus beberapa kali sewaktu proses pembuatannya

  • Pewarna jenis pigmen yang digunakan tidak begitu lut sinar dan berseri sebagaimana bahan pewarna yang digunakan untuk batik tulen

  • Jalinan coraknya lebih hidup dan penuh gaya kerana dikawal dengan tangan terutama pada batik tulis

  • Jalinan coraknya statik dan seragam kerana telah ditetapkan pada skrin





PENGENALAN KEYCHAIN



 Keychain atau rantai kunci adalah rantaian kecil biasanya diperbuat daripada logam plastik dan lain-lain yang menghubungkan perkara yang kecil untuk gegelang kunci.keychain yang panjang membolehkan ia lebih mudah digunakan secara langsung kepada gegelang kunci.Keychain adalah untuk menggunakan perhiasan dalam beg,kunci,telefon bimbit digunakan untuk bookmark dan untuk membuat perhiasan .Ia nampak cantik apabila digantung di tempat berikut.  









Rantai kunci juga boleh menjadi penghubung antara keyring dan tali pinggang individu. Ia biasanya digunakan oleh kakitangan yang bekerja kerap menggunakan kekunci kunci, seperti pengawal keselamatan, pegawai penjara, janitor, atau pengurus kedai runcit. Rantaian ini sering ditarik balik, dan oleh itu mungkin tali nylon, bukan rantai logam yang sebenarnya. .


PENUTUP


SAYA BERHARAP AGAR BLOG INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA BLOG-BLOG YANG LAIN, SEKIAN INI SAHAJA DARI SAYA. ASSALAMMUALAIKUM W.B.T





PENGENALAN BLOG Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Nama saya Nurfarisha Farah Heeza Binti Razaineh. Umur Saya 18 Tahun. Saya d...